SOALAN LATIHAN PJJ
Teknologi Maklumat Sekolah
Rendah
Set 1
1. Pilih kombinasi yang betul
dalam menangani masalah pendidikan mengikut definisi Roblyer (2003).
A. Proses dan alatan
B. Teknologi dan alatan
C. Organisasi dan alatan
D. Proses dan pembelajaran
2. Sistem pendidikan sedang
melalui proses penstrukturan semula iaitu bertukar daripada kaedah pengajaran
berasaskan instruksional (kaedah pengajaran tradisional) kepada kaedah
pembelajaran berpusatkan murid. Berikut merupakan kaedah sokongan instruksional
yang baharu kecuali ________________.
A. perkongsian maklumat
B. perkongsian intelektual
C. pembelajaran secara
koperatif
D. penyelesaian masalah dan
pemikiran tahap tinggi
3. Manakah antara sumber-sumber
komunikasi internet berikut memberikan maklum balas masa nyata (real time
feedback) ?
A. Blog
B. Papan Buletin
C. Mel Elektronik
D. Ruang Sembang
4.
Rajah 1
Berdasarkan alamat web yang
ditunjukkan dalam Rajah 1, Penunjuk Sumber Sejagat (URL) dibentuk daripada dua
(2) bahagian utama iaitu bahagian ”http” merujuk kepada ____________ manakala
bahagian yang seterusnya merujuk kepada ____________.
A. domain, protokol
B. protokol, domain
C. protokol, nama domain
D. nama domain, kod domain
5. Perisian instruksional
berbentuk ________ mampu menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang
menyerupai situasi atau keadaan sebenar seperti latihan memandu, latihan
peperangan atau latihan pengendalian peralatan mahal atau merbahaya.
A. Tutorial
B. Simulasi
C. Latih-tubi
D. Sistem Pembelajaran
Bersepadu (ILS)
6. Cikgu Shakirah telah mengisi
markah ujian setiap pelajar dengan menggunakan perisian hamparan elektronik.
Seterusnya beliau ingin menentukan gred pelajar berdasarkan markah tersebut.
Pilih ciri yang paling sesuai yang boleh digunakan oleh Cikgu Shakirah untuk
tujuan ini.
A. Rumus (Formula) - salah
B. Fungsi (Function)
C. Carta (Chart)
D. Kiraan secara automatik
(automatic recalculation)
7. ____________ digunakan untuk
membantu guru menggambar, menyusun dan memeta konsep idea bagi topik pengajaran
mereka termasuklah menyediakan perancangan pengajaran.
A. Penjana Bahan
B. Perisian Grafik (jwpnni
salah)
C. Perisian Penyelidikan dan
Rujukan
D. Perisian Perancangan dan
Pengurusan
8. Manakah di antara salah satu
peralatan berikut tidak diperlukan untuk menghubungkan komputer dengan
Internet?
A. Router
B. Modem
C. CD-ROM D. Talian Telefon
9. Manakah di antara berikut
merujuk kepada kesan kegunaan grafik dalam bidang multimedia ?
I. Memberi kesan emosi dan
humor
II. Memberi gambaran
visualisasi data dan maklumat
III. Menghasilkan persembahan
maklumat dengan lebih menarik
IV. Menghasilkan tekstur latar
belakang yang cantik dan berkesan
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
10. Antara ciri-ciri utama
perisian hamparan elektronik adalah _______________.
I. memformat sel
II. mel cantuman (mail merge)
III. terdiri daripada lajur dan
baris
IV. memasukkan header dan
footer
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV - salah
Jawapan set 1:
1. A
2. A
3. D
4. C
5. B
6. B (A salah)
7. (B salah)
8. C
9. D
10.C (D salah)
(no 6,10 kurang pasti betul ke
tak) cuba rujuk modul utk kepastian.
SET 2
Teknologi Maklumat Sekolah
Rendah
1. Pilih kombinasi yang betul
dalam menangani masalah pendidikan mengikut definisi Roblyer (2003).
A. Proses dan alatan
B. Teknologi dan alatan
C. Organisasi dan alatan
D. Proses dan pembelajaran
2. _________________ lazimnya
digunakan apabila objektif pembelajaran lebih menyeluruh (seperti kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam berkumpulan, menguasai model
mental untuk topik yang kompleks dan sukar) dan diukur dengan kaedah alternatif
seperti folio dan projek berkumpulan.
A. Strategi pembelajaran
langsung
B. Strategi pembelajaran
gabungan
C. Strategi pembelajaran
konstruktivis
D. Strategi pembelajaran
koperatif-integratif
3. Semua pernyataan berikut
benar mengenai perisian pemproses perkataan kecuali ___________________.
A. memformat nombor kepada dua
titik perpuluhan
B. melukis dengan menggunakan
bentuk-bentuk yang tersedia
C. menyemak ejaan dan
menyediakan cadangan daripada kamus
D. menyediakan kemudahan untuk
menyimpan dalam format laman Web
4. Jika seorang guru ingin
membina beberapa versi soalan daripada peperiksaan yang sama dan mencetak
soalan tersebut untuk pelajar mendudukinya, manakah pilihan perisian yang
paling sesuai digunakan?
A. Penjana ujian
B. Penjana borang
C. Pemproses ujian
D. Penerbitan atas paparan
5. Manakah di antara berikut
bukan ciri penjana ujian?
A. Membenarkan pelbagai bentuk
soalan objektif dan soalan terbuka.
B. Mempunyai ciri menyimpan
soalan yang digubal bagi kegunaan semula.
C. Menyusun soalan yang
dipaparkan secara rawak setiap kali ujian diambil.
D. Memetakan bentuk soalan yang
dipaparkan berdasarkan kemahiran komputer murid.
6. Portal e-pembelajaran yang
banyak digunakan oleh institusi pengajian tinggi seperti WebCT, Blackboard dan
TopClass mempunyai ciri-ciri berikut kecuali _____________.
A. pengguna yang ramai
B. kos selenggaraan yang
percuma
C. pembayaran yuran langganan
atau lesen tahunan
D. pembangun sistem dan
pentadbir pelayan (server administrator)
7. Diramalkan komputer masa
hadapan akan berubah dari segi penggunaannya kerana ________________________.
A. senibina komputer yang
semakin kompleks
B. jumlah arahan pemproses
semakin bertambah
C. stuktur fizikal perkakasan
menjadi lebih kecil dan efisien
D. kadar mampu milik yang
rendah memandangkan harganya yang lebih mahal
8.
Rajah 1.0
Rajah 1.0 menunjukkan beberapa
perkataan telah ditandakan dengan warna merah. Ini adalah salah satu ciri-ciri
atau keupayaan-keupayaan pemprosesan perkataan yang dikenali sebagai
_____________
A. Jadual. (Table.)
B. Justifikasi.
(Justification.)
C. Muka surat. (Pagination.)
D. Penyemakan dan pembetulan
perkataan. (Spelling and Grammar.)
9. Encik Ahmad ingin menghantar
kad jemputan kepada ibu bapa para pelajarnya untuk hari istimewa di sekolah.
Beliau berminat untuk menggunakan surat yang sama dengan hanya membuat beberapa
perubahan pada nama dan alamat mereka sahaja. Apakah ciri yang boleh
diaplikasikan kepada situasi ini?
A. Jadual. (Table.)
B. Muka surat. (Pagination.)
C. Mencantum surat. (Mail
merge.)
D. Pengesanan suara. (Voice
recognition.)
10. Aimy ingin melihat
perhubungan di antara data dan meringkaskannya ke dalam bentuk laporan. Apakah
perisian yang bersesuaian untuk tujuan ini.
A. Database.
B. Presentation.
C. Spreadsheet.
D. Word processing.
11. Berikut merupakan tujuan
penilaian dalam pendidikan kecuali
A. Mengurangkan motivasi
pelajar.
B. Menilai prestasi atau
kemajuan murid.
C. Mengesan kekuatan dan
kelemahan pengajaran.
D. Mengesan kekuatan dan
kelemahan pembelajaran.
12. Yang manakah di antara
berikut merupakan kekangan yang menyukarkan guru menggunakan komputer dalam
penilaian pendidikan?
i. Tidak perlu memiliki
pengetahuan dan kemahiran ICT.
ii. Memerlukan kebolehan
menggunakan alat pengarangan ujian.
iii. Laporan keputusan sukar
dijadikan bukti pencapaian sebenar murid.
iv. Memiliki pengetahuan dan
kemahiran memprogramkan komputer bagi memastikan komputer - pengguna boleh
berinteraksi dengan berkesan.
A. I and II sahaja.
B. II and IV sahaja.
C. II, III and IV sahaja.
D. I, II, III, IV
13. Proses integrasi teknologi
dalam pengajaran mengandungi beberapa fasa. Fasa “Menyediakan Persekitaran
Instruksional” memerlukan guru untuk menganalisa dan memastikan keperluan
teknologi yang perlu untuk melaksanakan pengajaran. Manakah di antara berikut
merupakan elemen penting yang perlu dianalisa oleh guru?
I. Perkakasan dan perisian
komputer
II. Perancangan penggunaan
teknologi
III. Keupayaan murid kelainan
upaya (OKU)
IV. Kemahiran pelajar
menggunakan komputer
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. I, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
14. Perisian aplikasi tujuan am
merupakan perisian yang dibangunkan untuk memudahkan tugas pengguna. Di antara
pernyataan berikut yang manakah mengambarkan penggunaan perisian aplikasi
tujuan am?
I. Seorang guru menggunakan
perisian pemproses perkataan untuk membina soalan ujian.
II. Seorang juru gambar
menggunakan perisian grafik untuk mengedit gambar Majlis Anugerah Murid.
III. Seorang pelajar
menggunakan perisian persembahan untuk membangunkan montaj persembahan Hari
Guru.
IV. Seorang bendahari Persatuan
Bulan Sabit Merah menggunakan perisian hamparan elektronik untuk merancang
kewangan tahunan persatuan tersebut.
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
Jawapan untuk set 2
1. A
2. C
3. A
4. A
5. D
6. B
7. D
8. D
9. C
10. C
11. A
12. C
13. A
14. B
No comments:
Post a Comment