Powered By Blogger

Selamat Berkunjung

Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Selamat Datang dan selamat melayari laman blog MUTIARA BAHASA yang dibina khusus untuk memberi panduan (walaupun secebis) kepada para pelajar dan pendidik agar kita semua memperoleh ilmu dan membina kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Memperoleh A adalah menjadi impian dan harapan bagi setiap pelajar. Laman blog ini, insya-Allah akan menjadi satu wahana penyebaran ilmu dalam subjek Bahasa Melayu dan wadah untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan dan menjanakan kemahiran berbahasa Melayu mereka .Dengan izin Allah, berkat usaha dan doa yang tidak mengenal jemu, A Bahasa Melayu akan dikurniakan Allah kepada kita. Terimalah laman ini sebagai sumbangan kecil saya dalam sama-sama merealisasikan agenda memartabatkan Bahasa Melayu. Terima kasih kerana melayari blog ini.

Sunday, 6 January 2013

Soalan PJJ Pengantar Bahasa Melayu


Soalan PJJ Pengantar Bahasa Melayu


1.      Mereka tinggal di hulu sungai itu sejak dahulu lagi.
Hulu parang ayah diperbuat daripada besi.
Kata hulu dalam ayat di atas merupakan
A polisim         B hiponim        C sinonim        D antonym

2.     Segar: sihat, subur, nyaman
Perkataan di atas menggambarkan konsep
I sinonim
II polisim
III hiponim
Iv homonym

3.   Cabang bahasa Austris, iaitu bahasa Austroasia, Bahasa Austronesia dan Bahasa________

4.  Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja aktif transitif berawalan teR-?
A.  Abang tersandar di tepi dinding.
B.  Ayah tidak terbeli kereta mewah itu.
C.  Kakak terduduk seketika setelah membaca surat itu
D.  Saya tersenyum sendirian apabila mengingati peristiwa itu.

5.   Yang manakah ayat yang menggunakan kata penegas?
Pilihan jawapan:
I Peserta debat itu mengemukakan hujah dengan lantangnya.
II Abu seorang sahaja yang memiliki kemahiran membuat wau di kampungnya.
III Pak Midun sejak awal-awal lagi tidak berkenan dengan pemuda yang merisik anaknya.
IV Pokok kelapa muda yang ditanam oleh ayah nampaknya akan mengeluarkan buah yang lebat.

6.  Yang manakah ayat yang mempunyai pascakata yang berfungsi sebagai penekan?
A Semua pelawat tidak dibenarkan masuk ke biliknya.
B Pokok nangka madu itu nampaknya akan berbuah lagi.
C Pada kami, kejayaannya ialah hasil tunjuk ajar guru-guru.
D Rumah neneknya terletak di antara sungai dengan kebun getah itu.

7.  Kata yang berapitan beR-...-an yang mendukung makna berterusan ialah
I berlelehan
II berkibaran
III bertangisan
IV bertempiaran

8.  Semenjak pulang dari Eropah, gaya hidupnya kebarat-baratan.
Kata yang berapitan ke-...-an dalam ayat di atas tergolong dalam

A kata nama
B kata kerja
C kata adjektif
D kata keterangan
 
9.  Penggunaan kata sendi nama yang tepat:
Salam : Imran adalah di antara pelajar cemerlang sekolah itu.
Ramon: Dia baru pulang dari Jabatan Alam Sekitar.
Joseph: Daripada saat itu, mereka tidak lagi mengunjungi Tasik Biru.
Rusliza: Rumusan penyelidik tentang sikap penduduk desa itu adalah negatif.

Pelajar yang menggunakan kata sendi nama dengan betul dalam ayat di atas ialah
________________dan__________

10. Ayat mana
-Mengandungi 2 kata penghubung ayat
-Mengandungi sekurang-kurangnya 2 konstituen subjek dan dua konstituen predikat.

A Banglo mewah di tepi bukit yang tinggi itu ialah milik Datuk Hamid.
B Pelukis muda dari utara tanah air itu suka berkarya untuk kepuasan dirinya.
C Burung helang yang besar itu terbang rendah kerana ingin menyambar seekor ayam.
D Demi mempertahankan maruah negara, pejuang-pejuang dahulu sanggup berkorban nyawa.

11. Yang manakah ayat yang gramatis?
A Dengan melaksanakan projek itu, meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.
B Untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, memerlukan modal yang besar.
C Dengan adanya aktiviti kitar semula dapat mengelakkan berlakunya pembaziran sumber.
D Untuk memperoleh pendapatan, banyak sekali bidang pekerjaan yang boleh diterokai oleh siswazah.

12. Yang manakah ayat yang mempunyai kata yang mengandungi diftong?
I Kemerduan suaranya mengagumkan.
II Biarkan dia berpaut pada dahan pokok.
III Ikatan persaudaraan mereka erat sekali.
IV Penonton kehairanan menyaksikan pertunjukan sarkas itu.

Jawapan:
1.A  2. I & III    3. Tibet –China   4. B   5. II & III   6. B    7. I & II   8.C
9. Ramon & Rusliza     10.C            11.D     12. III & IV

No comments:

Post a Comment